Skip to content

Ya Badratim

December 8, 2012

Hari ini, alhamdulillah sekali lagi dilapangkan masa untuk menyertai satu program anjuran Akademi Synergi. Seminar Etika Sosial berteraskan Surah Al-Hujurat. Alhamdulillah, sebaik-baik perkataan untuk dilafazkan atas kurnia Allah yng tidak terkira. Asalnya bila dapat tahu tentang seminar ini, hati memang tak sabar-sabar untuk pergi ke program tu. Surah Al-hujurat. Satu surah yang sarat memperkatakan tentang guidelines yang harus kita patuhi dalam kita bermuamalat dengan orang disekeliling kita sehari-hari. Ye. Setiap hari. Setiap hari kita berinteraksi dengan manusia, samada kawan, ibubapa, anak-anak, orang atasan mahupun bawahan, orang tua mahupun kanak-kanak, selagi mana ianya dikenali sebagai MANUSIA. Ya, manusia. Itu yang aku expect. Untuk lebih memahami tentang etika tersebut.

Tapi sepanjang program tersebut berlangsung, aku lebih terkesan dengan input lain yang dikongsikan oleh Ustaz Hasrizal.

Capture

Sewaktu Ustaz Hasrizal berkongsi tentang ibrah yang dapat diambil dari ayat yang ke 7, hati mula merasa sebak. Mata mula berair. Tapi aku tahan airnya dari mengalir keluar dari mata ini.

Sehinggalah bila mana selesai bicara Ustaz tentang ayat tersebut, lalu ditayangkan video lagu Law Kaana Bainana nyanyian Hafiz Hamidun, waktu itu, memang tak dapat ditahan lagi air mata dari keluar. Sebak. Sedih.

Masha Allah. Tetiba rasa rindu kepada Rasulullah membuak-buak di hati. Tak tahu bagaimana nak diungkapkan dengan kata-kata. Speechless. Hanya Allah saja yang tahu. Kupasan dari Ustaz Hasrizal selepas itu dengan nada yang sebak, penuh perasaan cinta kepada Nabi Muhammad lebih membuat hati menjadi sayu, meronta-ronta ingin bersama Nabi. Aku menangis. Ustaz Hasrizal menangis. Kami semua menangis. Tak tertahan betapa rindunya kepada Rasulullah.

Ya Rasulullah, aku cinta, kasih dan rindu kepadaMu ! Semoga dapat berjumpaMu disyurga nanti. Begitu juga ahli keluargaMu dan para sahabatMu berserta orang-orang yang mencintaimu.

Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad.

 

Qasidah Wahai Purnama

Wahai Purnama
Yang Indah Lagi Sempurna
Bagaimana Nak Ku Luahkan Dengan Kata-Kata

Engkau Menyinar Dialam Tinggi
Terangi Kegelapan Dan Kebatilan

Denganmu Begemerlapan
Dengan Nur Nikmat Dan Kurniaan

Selawat ALLAH Keatasmu Selama-Lamanya
Siang Dan Malam Jua

Selawat Jua Pada Ahlimu Dan Sahabatmu
Mereka Yang Istimewa Dan Amat Sempurna

Advertisements

Flash Mob for Gaza | 28.12.2012

November 29, 2012

Alhamdulillah. Allah beri peluang untuk menjayakan satu flash mob untuk memberi kesedaran kepada masyarakat UPM tentang keadaan di Gaza yang kini sedang diserang bertalu-talu oleh israel laknatullah. Mungkin usaha ini tidak seberapa sekiranya dibandingkan dengan usaha-usaha volunteers lain yang berusaha bersungguh-sungguh membantu saudara seaqidah di sana. Namun, diharapkan flash mob ini dapat membuka mata masyarakat agar lebih cakna dengan isu ini kerana ianya bukan sekadar isu perjuangan umat Islam, bahkan isu kemanusiaan.

 


 

 

Fatwa hati

November 15, 2012

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang begini : Bilamana kita dalam dilema untuk memilih sesuatu, tak kiralah apa jua perkara tersebut, setelah banyak kali berusaha dan masih belum ketemu petunjuknya, maka mintalah fatwa hati. Kerana hati itu bersih dan ianya berhubung terus dengan Allah, yang menjaga hati kita. Hati tidak pernah menipu kita. Jadi, pilihlah yang mana hati kita tenang dengannya. Sambung Rasulullah lagi, hati itu akan tenang dengan perkara dan keputusan yang baik dan akan gelisah sekiranya perkara atau keputusan itu tidak baik. Sebab itu, kalau kita nak buat sesuatu yang baik, walaupun ada halangan dan sedikit kepayahan, kita akan berusaha juga untuk melaksanakannya dan hati kita akan redha dengannya. Namun bilamana kita nak buat sesuatu yang kurang baik, hati kita akan merasa gelisah saja. Sebab memang itu fitrah hati. Tenang kepada kebaikan dan gelisah dengan kejahatan. Sekian. Bak kata Ust Pahrol Juoi: Selamat menjaga hati dan hati-hati dalam menjaga hati.

phewwwww

 

*Kata-kata Prof Muhaya yang sangat aku suka : Self acceptance and self love is crucial for a good life. forgive ourselves and forgive others and see how life change for the better [Prof Muhaya]* (Takda kena-mengena dengan post di atas yer)

Allah creates us The Best

November 14, 2012

” Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” (2: 30)

” Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (51:56)

” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”  (95:4)”

” Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia ” (3:110)

” Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (surga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” (10:26)

” Adapun orang-orang yang beriman dan beramal saleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan, dan akan kami titahkan kepadanya (perintah) yang mudah dari perintah-perintah kami.” (18:88)

” Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. ” (16: 97)

” Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.” (67:2)

 

#Semua orang berpeluang menjadi baik#

Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

November 9, 2012

Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?

Munif, Putrajaya.

Jawapan Dr MAZA: Saudara Munif, Alhamdulillah saudara prihatin dengan keadaan akidah saudara di kala ramai yang tidak mempedulikan lagi kebersihan akidah mereka. Akidah adalah pembeza utama antara seorang mukmin dan bukan mukmin. Seseorang bagaimana banyak amalannya pun, tetapi jika akidahnya rosak, maka amalannya ditolak. Maka penting untuk kita mempertahankan akidah dan kesuciannya. Mengenai soalan saudara, ada beberapa perkara yang wajar difahami;

1. Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah: (maksudnya)

“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).

2. Dalam masa yang sama, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Firman Allah (maksudnya):

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

3. Juga, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa, 86).

Inilah adab Islami yang tinggi. Ia merangkumi sesama muslim atau kepada bukan muslim. Sehingga Ibn ‘Abbas r.a menyebut:

“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).

Maka sudah pasti mereka yang tidak sejahat Firaun dan tidak memusuhi Islam lebih layak untuk menerima ucapan balas.

4. Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun “congratulating” sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.

5. Tidak boleh dinafikan bahawa selain nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas, faktor keadaan, zaman dan persekitaran mempengaruhi para sarjana Islam dalam melihat kepada isu ini. Kitab-kitab yang ditulis pada persekitaran muslim begitu dominan dan tiada keperluan untuk melakukan ucapan tersebut kelihatan keras dan mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara, ramai juga sarjana terutama di zaman kini yang mempunyai persekitaran yang baru dan keperluan untuk memperlihatkan keharmonian Islam kepada bukan Islam, fatwa-fatwa mereka ini lebih lunak dan mengizinkannya dengan syarat-syarat tertentu.

6. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. (meninggal 728H) dalam karyanya Iqtida al-Sirat al-Mustaqim dan muridnya al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h (meninggal 751H) dalam karyanya Ahkam Ahl al-Zimmah dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti menyerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Fokus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim. Banyak pendapat-pendapat ulama silam yang mereka petik. Pandangan kedua imam agung itu diikuti oleh sesetengah para ulama terutama dari negara yang dominan penduduk muslim seperti Arab Saudi. Maka Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.

7. Sementara Majlis Fatwa Eropah (The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Ini berteras ayat dalam Surah al-Nisa, ayat 86 yang kita sebutkan tadi. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.

8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).

Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.

9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.

10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.

11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.

# http://drmaza.com/home/?p=1277 #

Master vs degree | Master vs master

November 7, 2012

Pagi tadi masa breakfast, sempat bersembang dengan beberapa orang kawan yang sama-sama menyambung pelajaran dalam ‘master degree’. Kemudian, bila asyik bersembang tu, saya tersedar sesuatu. (tetiba minda separa sedar aktif, cewahhh). Rupa-rupanya kami dah berbeza. Dulunya semasa sama-sama ambil degree, boleh dikatakan semua sama saja. Level of knowledge kami almost sama. Sebab kami belajar kelas yang sama, lecturer yang sama, sikap yang sama (study last minit, buat assignment cincai-cincai, belajar kerana nak lepas exam, bukan kerana knowledge sangat pun..hehe). Tapi sekarang, semuanya sudah agak lain. Masing-masing sudah mempunyai view yang lebih besar tentang apa yang dimaksudkan dengan ‘belajar’. Mungkin diperingkat degree dulu, kami hanya fikir ‘takpa la, belajar je la’. Tapi sekarang bukan macam tu lagi. Kami dah mula fikir ‘kena belajar ni, baru dapat faham’. Semuanya dibuat atas kehendak untuk belajar demi mendapatkan faham dan menambahkan ilmu. Dulu pun, belajar untuk mendapatkan faham juga, tapi bukan untuk menambahkan ilmu sangat pun, faham supaya dapat jawab exam je nanti. Ia berbeza. Dengan minat belajar untuk faham begitu, kami tidak rasa letih dan puas.  Terlalu banyak untuk di-explore. Dulu, nak study pun malas. Seriously dulu, mindset sangat berbeza berbanding dengan sekarang (saya la, yang lain tak tahu la macamana). Master study diperuntukkan dua tahun saja. Sekiranya lebih dari dua tahun, maka orang tu akan dipandang sedikit ‘serong’. Tapi bagi saya tak. Memang la sepatutnya habis within 2 years, tapi yang penting dalam dua tahun tu bukannya kita menghabiskan master, tapi apa yang kita faham tentang pengajian master kita. M.A.S.T.E.R. kot. Belajar sebab kita master-kan diri kita dalam bidang tu. Sebab itulah master itu lebih khusus berbanding dengan degree atau diploma. Bergantung la perspektif masing-masing tentang master ni macamana. Dan berdasarkan apa yang saya perhatikan, orang yang buat master dalam bidang sosial sains mempunyai pendangan yang agak berbeza dengan sesiapa yang buat master dalam bidang analytical science (buat kerja lab). Sebabnya??? tunggu la next episod.

*btw, a Phd student from Pakistan once told me that i’am keen observer. He said that when i was in first year* Now, i’m understand why he called me as keen observer*

Hakikat Dukacita

November 6, 2012

Tetiba teringat satu perkongsian dari Dr. MAZA tentang hakikat dukacita. Betullah, kadang-kadang tu Allah datangkan perasaan sedih ke dalam hati tanpa apa jua sebab. Tetiba jer rasa sedih. Tak tau kenapa. Pelik sungguh. Tapi tu la kuasa Allah. Dia boleh membolak balikkan hati sesiapa saja bila-bila masa saja. Mengikut Dr. MAZA, sekiranya berlaku sedemikian, maknanya Allah bagi signal kat kita supaya kita kembali kepada Allah. Dia nak kita mengadu kat Dia, sembang ngan Dia.

#Dan kerana hanya kepada Allah jualah tempat kembali#

 

 

P/S: kalau nk tengok video tu, gi kat utube then search hakikat dukacita, Dr. Asri. 🙂