Skip to content

Sedutan Kuliah Zohor Masjid Mardi | Ustaz Johari Wahab| 21 Mei 2012

May 21, 2012

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sekilas mengenai amalan dibulan Rejab. 

# Menurut Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, tiada amalan khusus yang dilakukan oleh Rasulallah pada bulan Rejab.

Ibnu Hajar Al-‘Asqalani r.a: “Tidak terdapat hadith sahih yg boleh dijadikan hujah berkenaan keutamaan bulan Rejab,puasa Rejab,puasa hari-hari tertentu dlm bulan rejab dan qiamullail khusus dlm bulan Rejab. Sebelumku perkara ini telah dipastikan oleh Al-Imam Abu Ismail Al-Harawi Al-Hafiz” -(Tabyin al-‘Ujab bi Ma Wurida fi Fadhl Rajab, Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyah, Beirut, 1988,ms.11)

# Namun kita digalakkan untuk memperbanyakkan puasa sunat  dan ianya bukanlah kerana bulan Rejab.

# Rasulallah juga tidak pernah mengajar berkenaan doa-doa khusus yang perlu diamalkan pada bulan ini. Doa

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان adalah sebuah hadis dhoif. Ianya tidak boleh dijadikan hujah dan dalil, akan tetapi boleh diamalkan untuk diri sendiri.

 

Bab Azan (I) | Kitab hadis Umdatul Ahkam |

# Rasulallah mempunyai dua orang Muazzin di Madinah dan seorang muazzin di Mekah. Di Madinah, Rasulallah melantik Bilal bin Rabah dan Abdullah ibnu Makhtum sebagai muazzin manakala di Mekah, Abi Mahzurah ditugaskan sebagai muazzin.

# Rasulallah sangat menghargai orang yang berkhidmat dengan rumah Allah dan disediakan tempat tinggal untuk mereka.

# Ibrahnya disini, perlu ada sistem yang sistematik untuk melantik muazzin dan imam bagi sesebuah masjid. Sebab tugas keduanya tidak boleh dipegang oleh sembarangan orang. Apatah lagi yang munafiq dan fasiq.

# Sewaktu subuh, Rasul meminta untuk azan sebanyak dua kali.

# Azan yang pertama untuk mengejutkan orang supaya mereka dapat membuat persiapan seperti bersahur dan juga supaya yang berqiamullail dapat meletakkan kepala sekejap untuk mendapatkan tenaga untuk bersolat subuh dan bekerja selepas itu sebagaimana qailullah sebelum zohor.

# Pernah terjadi sewaktu Saidina Umar menjadi imam solat subuh, beliau mendapati salah seorang pemuda tidak datang untuk solat subuh berjemaah. Maka Saidina Umar terus ke rumahnya pada siangnya dan bertanya ibunya tentang keadaan pemuda tersebut kerana bersangka yang pemuda tersebut sakit. Maka ibunya mengatakan yang anaknya telah berqiamullail pada malamnya dan tidur selepas itu sementara menunggu waktu subuh. Maka apabila dia bangun, dia teelah lewat untuk pergi subuh berjemaah. Maka saidina umar menjawab ” Aku lebih suka dia pergi menunaikan solat subuh berjemaah daripada berqiam sepanjang malam”.

# Antara ibrahnya adalah:

  • Solat subuh berjemaah adalah lebih aula daripada qiam sepanjang malam.
  • Para sahabat sangat alert dan caring terhadap sahabat yang lain sehingga mengecam setiap daripada mereka dan terus bertanyakan khabar apabila tidak ditemui.
  • Para sahabat sentiasa bersangka baik (husnu zhon) dengan sahabat yang lain.

# Menjawab azan adalah sunnat.

# Tiada nas yang mengatakan bahawasanya seseorang itu tidak boleh mengucap sewaktu sakaratul maut sekiranya dia tidak menjawab azan.

# Abi Mahzurah mengatakan yang Rasul mengajarkannya akan tarji’ (membuat bacaan awal secara perlahan sebelum melaungkan azan). Namun, tarji’ tidak diajarkan kepada Bilal dan Ibnu Makhtum. Mana-mana versi pun boleh diamalkan. Bacaan sebelum azan seperti selawat, syahadah tidak pernah diajar oleh Rasul.

# Dalam azan subuh, lafaz ” assolaatu khairum minan nauum” tidak diajar oleh malaikat didalam mimpi Abdullah bin Zaid. Ianya adalah tambahan dari Bilal dan Nabi membenarkannya. Maka ianya boleh diamalkan.

# Bercakap sewaktu azan adalah bercanggah dengan sunnah Rasul. Namun ianya tidak samapai kepada jatuhnya hukum haram. Sekadar tidak beradab dan melanggar sunnah.

#  Pada hari jumaat, tidak perlu untuk menunggu azan habis dikumandangkan baru menunaikan solat tahiyatul masjid. Teruskan bersolat walaupun muazzin tengah mengalunkan azan. Kerana Rasulallah menyuruh supaya bersolat walaupun sewaktu khatib sedang menyampaikan khutbah yang mana tidak boleh dilakukan aktiviti lain sewaktu itu.

Wallahu ‘alam. Sekadar apa yang dikongsi oleh Ustaz. Sebarang penambahan amat-amatlah dialu-alukan.  Jazakallah khairan jaza’.

 

No comments yet

Leave a comment